Tuesday, 17 May 2016

VIDEO - Pertunangan - Adakah boleh untuk berbicara lewat telefon dan berjumpa dengannya?

Pertunangan - Adakah boleh untuk berbicara lewat telefon dan berjumpa dengannya ? #DakwahDesign

 


Versi Youtube :
- https://www.youtube.com/watch?v=NCzQXvZNC-4

Download Video @ Mp3 :
- https://www.savemedia.com/watch?v=NCzQXvZNC-4

Sumber :
Silsilah Al-Huda wa An-Noor, #269 at 10:03
Salafi talk

Perbualan Syaikh Nashiruddin Al-Albani dengan seorang penanya di Telefon.


Penanya: Assalamualaikum.

Syaikh: Waalaikumussalam warahmatullahi

Penanya: Jika kamu tidak keberatan, adakah Syaikh Al-Albani bersama kamu (disana-pent)?

Syaikh: Ya, dia bersama dengan kamu sekarang ini (iaitu sedang bercakap di telefon sekarang ini -pent).

Penanya: Baiklah, jika kamu benarkan saya, saya ada beberapa soalan untuk ditanyakan, ya Syaikh.

Syaikh: Silakan.

Penanya: Adakah diperbolehkan untuk bercakap dengan tunang saya melalui telefon?

Syaikh: Adakah kamu telah akad nikah dengannya atau belum lagi?

Penanya: Belum lagi.

Syaikh: Tidak diperbolehkan (untuk bercakap dengan tunang kamu sebelum akad nikah -pent).

Penanya: Tidak diperbolehkan?

Syaikh: Tidak diperbolehkan.

Penanya: Walapun sekadar untuk (saya) menasihati (tunang saya -pent)?

Syaikh: Tidak diperbolehkan.

Penanya: Baiklah. Adakah dibenarkan untuk saya melawat dia (tunang saya -pent) dan duduk dengannya, dan mahramnya ada sekali (bersama kami -pent)?

Syaikh: Jika dengan mahramnya hadir disana dan dia (tunang kamu -pent) didepan kamu dengan memakai tudung dan purdahnya. Contohnya, apabila tunang kamu keluar (dari biliknya -pent), maka itu dibolehkan ( iaitu dengan hijab syar'i -pent), atau tidak diperbolehkan (jika tidak memakai hijab syar'i -pent).

Penanya: Adakah dibolehkan untuk tunang saya memerlihatkan wajahnya (didepan saya -pent)?

Syaikh: Diperbolehkan, jika hanya wajahnya sahaja.

Penanya: Hanya wajahnya sahaja?

Syaikh: Dia tidak boleh memakai baju yang menawan dan baju yang singkat dan sebagainya (iaitu sehingga mendedahkan auratnya -pent).

Penanya: Baiklah. Mengenai duduk bersama dengannya (iaitu duduk dalam satu ruangan -pent), adakah diperbolehkan untuk saya bercakap dengannya? 

Syaikh: Jangan kamu bercakap dengannya kecuali apa yang kamu biasa bercakap selainnya (iaitu wanita lain yang bukan mahram. Maksud Syaikh ialah percakapan yang bersifat keperluan yang ringkas dan tanpa adanya sifat berlebih-lebihan -pent).

Penanya: Baiklah. Jika dia meminta gambar saya, adakah diperbolehkan untuk saya berikan gambar saya untuknya?

Syaikh: Sama (hukumnya -pent) seperti kamu yang meminta gambarnya.

Penanya: Ya?

Syaikh: Sama (hukumnya -pent) seperti kamu yang meminta gambarnya.

Penanya: Baiklah.

Syaikh: Adakah itu dibolehkan?

Penanya: Tidak (diperbolehkan -pent).

Syaikh: Maka jawapan saya juga ialah tidak (diperbolehkan pent).

Penanya: Jawapan kamu adalah tidak (diperbolehkan -pent)?

Syaikh: Tidak, semestinya tidak (dibolehkan -pent)

Penanya: Berkenaan apa (ya Syaikh -pent)?

Syaikh: Berkenaan apa? Berkenaan persamaan situasi yang telah kamu katakan , iaitu kamu tidak boleh meminta daripada tunang kamu untuk gambarnya.

Penanya: Baiklah.

Syaikh: Adakah kamu faham (akan jawapan saya -pent)?

Penanya: Iya, iya (saya faham -pent).

Syaikh: Jika kamu memahaminya, maka ikutilah jawapanku yang diberikan kepadamu. 

Penanya: Tetapi ya Syaikh, kadang-kadang seseorang itu dipaksa untuk menelefonnya (kerana ada keperluan -pent), adakah itu dibolehkan?

Syaikh: Saya tidak rasa itu adalah suatu keperluan dan kamu akan menikahi dia juga bukan?

Penanya: Sebagai contoh, adakah dibolehkan untuk saya menelefonnya (iaitu tunang saya -pent), supaya saya dapat melawatnya pada waktu-waktu tertentu?

Syaikh: Kenapa kamu mahu melawatinya? Dan apakah perbezaannya dengan wanita lain (iaitu yang bukan mahram bagimu juga)?

Penanya: Adakah maksud kamu bahawa tidak diperbolehkan saya untuk melawatnya?

Syaikh: Wahai saudaraku, saya katakan kepada kamu, apakah perbezaan antara tunangmu dengan wanita lain? Dan kenapa kamu mahu melawatnya? Jika kamu mahu menikahinya; nikahilah dengannya dengan meminta izin dari para walinya.

Penanya: Jika walinya ada (iaitu jika sewaktu saya melawatinya -pent)?

Syaikh: Jika kamu mahu menikahinya, kamu mintalah keizinan dari walinya untuk menikahinya. Jika disana ada persetujuan yang pasti, maka kamu boleh melawatinya jika walinya hadir disana (iaitu untuk meminta keizinan wali untuk menikahinya -pent). Untuk kamu melihatnya dan dia melihatmu (

iaitu nazhar pent).


Syaikh: Ataupun untuk kamu melawatinya, maka tidak (diperbolehkan -pent).

Penanya: Dan masih tidak dibenarkan untuk saya melawatinya walaupun selepas bertunang?

Syaikh: Selepas kamu bertunang (dengannya -pent)?

Penanya: Iya.

Syaikh: Dia masih bukan mahram bagimu, ya saudaraku, sehingga kamu bernikah dengannya (baru tunang kamu menjadi mahram bagimu -pent).

Penanya: Terima kasih. Semoga Allah berikanmu pahala, ya Syaikh.

Syaikh: Dan bagimu juga.

Penanya: Semoga Allah memuliakanmu.

Syaikh: Semoga Allah menjagamu. Sallamu alaik.

Penanya: Assalamualaikum.

Syaikh: Waalaikumussalam wa rahmatullahi.




SHARE THIS

Author:

Admin , Assalafy.Net

0 comments: