Monday, 8 December 2014

Jika Engkau Ingin Mengajakku Safar

Apakah seorang suami yang mempunyai isteri lebih dari satu wajib juga untuk berbuat adil kepada isterinya dalam masalah safar (berpergian)? Kalau iya bagaimana caranya? Adakah qadha (menganti jatah malam/ giliran) bagi isteri yang ditinggal?


Bagi suami yang hendak berpergian dengan membawa salah seorang isterinya wajib atasnya untuk mengundi isteri-isterinya. Hal ini berdasarkan sebuah hadits dimana ‘Aisyah berkata:

إِذَا أَرَادَ سَفَرًا أَقْرَعَ بَيْنَ نِسَائِهِ فَأَيَّتُهُنَّ خَرَجَ سَهْمُهَا خَرَجَ بِهَا مَعَهُ

“Apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam hendak berpergian/safar, beliau menentukan isteri (yang ikut bersamanya) dengan menggunakan sistem undi. Siapa saja nama yang keluar dalam undian tersebut, maka dia yang ikut bersama beliau.” 
(HR. Bukhari no 2593 dan Muslim no 7196)

Jika seorang suami yang memiliki lebih dari satu isteri hendak berpergian, maka boleh baginya untuk memilih dari tiga pilihan dibawah ini:

1- Boleh baginya membawa semua isterinya. Jika perjalanan diyakini aman dan selama berpergian dia harus memberikan [jatah] giliran malam yang sama kepada para isterinya, seperti ketika berada dirumahnya masing-masing.

2- Boleh berpergian tanpa membawa semua isterinya. Maka dia harus memenuhi hak dan keperluan mereka semua.

3- Boleh, berpergian dengan membawa sebahagian dari isteri-isterinya atau salah satunya. Jika suami memilih pilihan ini maka dia harus menentukannya dengan sistem undi.

Berkata al-Imam Syafi’i rahimahullah:

أَقُولُ إذَا حَضَرَ سَفَرُ الْمَرْءِ وَلَهُ نِسْوَةٌ فَأَرَادَ إخْرَاجَ وَاحِدَةٍ لِلتَّخْفِيفِ من مُؤْنَةِ الْجَمِيعِ وَالاِسْتِغْنَاءِ بها فَحَقُّهُنَّ في الْخُرُوجِ معه سَوَاءٌ فَيُقْرِعُ بَيْنَهُنَّ فَأَيَّتُهُنَّ خَرَجَ سَهْمُهَا لِلْخُرُوجِ خَرَجَها


“Dengan ini aku berkata apabila seorang suami hendak melakukan safar dan dia mempunyai beberapa isteri dan hendak membawa salah satunya saja untuk meringankan beban, maka mereka semua mempunyai hak untuk ikut bersama sehingga suaminya harus mengundi mereka, siapa saja yang keluar namanya dalam undian maka dialah yang ikut” (al Umm:5/111).

Adapun tentang masalah qadha (mengganti jatah malam/giliran) bagi isteri yang ditinggal, ada tiga pendapat:

Pertama: Suami harus menqadha baik dia telah mengundi atau tidak, ini pendapatnya Abu Hanifah dan Malik.

Kedua: Suami tidak menqadha baik dia telah mengundi atau tidak, ini pendapatnya madzhab Zhahiriyah

Ketiga: Jika Suami mengundi maka tidak ada qadha, sedangkan kalau tidak maka ada qadha. Ini pendapatnya al-Imam Ahmad dan Syafi’i 

Pendapat yang ketigalah pendapat yang benar insya Allah. Jika suami pergi dengan salah seorang isterinya atau sebahagian isterinya dari hasil undian maka tidak ada qadha (mengganti) jatah malam bagi isteri yang tidak ikut safar dengannya. Adapun jika suami pergi dengan salah seorang isterinya bukan dari hasil undian, dimana suami memilih salah seorang isterinya yang hendak ia ajak safar bersamanya maka wajib qadha. Wallahu a’lam bish shawwab. 

(Abdullah al Jakarty)
WA PSSI (Perkumpulan Suami Sayang Istri)

SHARE THIS

Author:

Admin , Assalafy.Net

0 comments: